Friday, January 27, 2012

Program Bicara Akademik Guru-guru Tahun 6 Bersama Ibubapa



Program Bicara Akademik Guru-guru Tahun 6 Bersama Ibubapa telah berlangsung pada 25 Januari 2012 yang lalu bertempat di bilik Tahun 6 Arif, SK Kampung Shukor. Kehadiran ibubapa amat-amat menggalakkan di mana hampir seratus peratus telah hadir pada hari tersebut. Mereka telah memberi kerjasama yang padu dan menyuarakan komitmen yang tinggi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang khususnya murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Mereka telah menyatakan sokongan penuh terhadap program-program yang akan dilaksanakan pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini. Antara program yang akan dilaksanakan ialah Kelas Tambahan selepas waktu P & P perdana empat hari seminggu, Kelas Malam, Kelas Tambahan waktu cuti, Kem Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment