Ahad - 9 September 2012 bersamaan 22 Syawal 1433H, satu majlis ringkas iaitu majlis menghalalkan ilmu diadakan pada sebelah pagi khusus untuk semua calon UPSR di mana dalam majlis ini semua murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR bersalaman dengan semua guru, memohon ampun dan menghalalkan ilmu yang diterima. Majlis yang merupakan tradisi sekolah menjelang beberapa hari sebelum berlangsungnya UPSR diharapkan dapat meningkatkan keyakinan murid, menguatkan semangat dan menambah keberkatan ilmu.
No comments:
Post a Comment