Thursday, May 10, 2012

Aktiviti Ko-Kurikulum

8 Mei - Aktiviti Pertandingan Memasak Nasi berkumpulan dijalankan dengan objektif untuk memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid. Disamping itu murid-murid juga dapat mempelajari cara-cara memasak nasi dengan betul dan secara tidak langsung mereka dapat berdikari.




Saturday, April 21, 2012

Hari Persekolahan Ganti

Hari ini, Sabtu 21 April 2012 bersamaan 29 Jamadilawal 1433H merupakan hari persekolahan ganti kepada cuti hari raya aidiladha yang akan menjelang pada 26 Oktober nanti yang jatuh pada hari Jumaat. Persekolahan pada hari ini adalah mengikut jadual hari Khamis.

                                                              Gambar hiasan

Wednesday, March 21, 2012

Perkhemahan Kelab Pencinta Alam Peringkat Kebangsaan

     Pada 9 - 11 Mac 2012 yang lalu tiga orang murid SK Kampung Shukor telah menyertai Perkhemahan Kelab Pencinta Alam Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan dan di Tanjung Tuan, Melaka. Untuk pengetahuan semua,kedua-dua tempat tersebut terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
     Peserta-peserta dari SK Kampung Shukor tersebut adalah Iman Zul Hakim bin Rosdi (Tahun 6), Muhammad Muharram bin Zainuddin (Tahun 6) dan Nur Diyana Adnan (Tahun 5). Tahniah diucapkan kepada mereka yang mana telah sanggup menempuh cabaran sepanjang perkhemahan tersebut ditambah pula terpaksa berjauhan dari keluarga dan kampung halaman. Semoga mereka mendapat manafaat daripada pengalaman yang amat berguna itu. Tahniah sekali lagi.
 Iman Zul Hakim sedang menerima sijil penyertaan dari Guru Penolong Kanan 1.

 Muhammad Muharram sedang menerima sijil penyertaan dari Guru Penolong Kanan 1.

     Nur Diyana sedang menerima sijil penyertaan dari Guru Penolong Kanan 1.

Tuesday, March 6, 2012

Ujian OTI 1

Ujian bertulis kali ke dua sekolah-sekolah di Terengganu untuk tahun 2012, iaitu Ujian OTI 1 (Operational Targeted Increment) dijalankan bermula 6 Mac dan berakhir pada 8 Mac (ujian pertama ialah Ujian TOV : 29 - 31Januari). Ujian ini bertujuan untuk mengesan peningkatan hasil pembelajaran yang disasarkan.

Friday, March 2, 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

29 Feb. - Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Shukor kali ke 27 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di balairaya Kampung Shukor. Majlis yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK), Kampung Shukor, Encik Zakaria bin Muhsin.




Thursday, February 16, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

     Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah berlangsung pada 16 Februari 2012 bermula jam 8.30 pagi. Majlis bermula dengan perarakan dari Masjid Kampung Shukor melalui beberapa batang jalan dan kembali semula ke masjid. Perarakan turut disertai oleh para ibubapa dan warga kampung.
Sebelum majlis diteruskan,para peserta perarakan dan mereka yang hadir disajikan dengan sedikit juadah yang dibawa dari rumah.
     Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Encik Adenan bin Ismail. Majlis diakhiri dengan pengagihan wang zakat kepada murid-murid sumbangan dari Bank Rakyat cawangan Dungun di mana telah disampaikan oleh Saudara Azhar bin Jambul,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun.
     Sebelum meninggalkan masjid,para hadirin menjamu selera dengan hidangan nasi yang disediakan oleh warga kampung.
Sambutan Maulidur Rasul SK Kampung Shukor telah berjaya dilangsungkan dengan sangat meriah sekali.