SEJARAH

SK Kampong Shukor adalah sekolah SKM-B. Dahulunya laluan ke sekolah ini hanyalah melalui sungai. Terletak di dalam Mukim Pasir Raja, dengan jarak 96 km dari bandar terdekat iaitu bandar Dungun. Sekolah ini dibuka pada hari Ahad, 22 Ogos 1968 dengan hanya satu blok bangunan kayu dan seorang guru sahaja. Pada 1 September 1968 sekolah ini telah dilawati oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad. Sehingga kini sekolah ini telah dipimpin oleh 20 orang guru besar.