Wednesday, September 28, 2016

Temu Murni bersama Pengawal Keselamatan Sekolah...

Rabu 28 Sept. 2016

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa...Satu taklimat telah diadakan bersama-sama dengan Pengawal Keselamatan Sekolah yang dikendalikan oleh Puan Guru Besar. Banyak info dan maklumat keselamatan dapat dikongsi bersama dalam pertemuan tersebut. Berharap moga kesepaduan antara pihak sekolah dengan Pengawal Keselamatan Sekolah dapat mewujudkan suasana sekolah yang harmoni.Terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama tersebut.



Wednesday, September 21, 2016

Bengkel Sifir Jari...Menarik!

Rabu 21 Sept. 2016.

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa....entry hari ini mengenai Bengkel Sifir jari di bawah anjuran Carelearning Success System yang diadakan di dewan sekolah amat menarik dan berguna kepada semua murid.Konsep yang diketengahkan kepada murid-murid mendarab menggunakan sepuluh jari tanpa melalui proses menghafal. Bengkel ini dijalankan selama sejam dengan jurulatih utama iaitu Ustaz Mohd Ruhuzad bin Rusdi bersama dengan Pn. Norain bt Abd. Rahman. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan murid-murid kerana turut serta dalam aktiviti yang dijalankan...


Sesi bersoaljawab bersama murid-murid...

Menerima sijil penghargaan daripada Guru Besar



Tuesday, September 6, 2016

Selamat Menduduki UPSR 2016..!



Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid-murid tahun 6 Sk Kampung Shukor...Buat yang terbaik...kami warga sekolah mendoakan semoga anak-anak didik cikgu menjawab dengan baik dan tenang...