Thursday, June 28, 2012

PROGRAM HARI GANYANG AEDES PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2012

Program Hari Ganyang Aedes dijalankan bertujuan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah agar menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai aktiviti rutin bukan hanya di sekolah tetapi juga di rumah. Sasaran dalam aktiviti ini ialah memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi pembiakan nyamuk aedes di kawasan persekitaran sekolah dan kantin.



Sunday, June 24, 2012

Lawatan Bermaklumat ke Kemaman dan Kuantan

Rombongan Lawatan Bermaklumat seramai 33 orang murid dengan diiringi 4 orang guru iaitu Cikgu Kamarul Zaman, Cikgu Fakhrul Hisyam, Cikgu Norlela dan Cikgu Rosma telah melawat Zoo Kemaman dan beberapa tempat menarik di Kuantan pada 12 Jun yang lalu. Murid-murid yang menyertai rombongan tersebut terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.


                                          Pantai Teluk Cempedak, Kuantan





                                           Zoo Kemaman