Monday, August 21, 2017

Sambutan Bulan kebangsaan Peringkat Sekolah...Meriah!

Assalamulaikum dan Salam Negaraku Malaysia..

Sempena dengan bulan kebangsaan pada bulan Ogos, SKKS tidak terkecuali menjalankan aktiviti yang menarik sepanjang bulan Ogos bagi melahirkan rasa kecintaan kepada negara. Pelbagai aktiviti dan acara telah dijalankan bersesuaian dengan tema bulan Kebangsaan pada tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa.. Perarakan bendera Malaysia dan pertandingan menghias basikal juga dijalankan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK serta murid-murid yang telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap acara yang dipertandingkan.




Motivasi murid tahun 6..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Hampir 21 hari lagi murid-murid tahun 6 bakal menduduki UPSR iaitu pada 11-14 Sepetember 2017.
Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah sebagai persediaan kepada murid-murid tahun 6 untuk menghadapi peperikasaan tersebut. Di pihak PPD juga tidak terkecuali   turun padang memberi suntikan semangat serta motivasi kepada calon UPSR agar mereka bersedia segi mental dan emosi. Pegawai SISCt Tuan Haji Puazai sempat memberi tips-tips matematik kepada murid-murid tahun 6. Tahniah dan syabas diucapkan dan ribuan terima kasih di atas kehadiran tuan di sekolah kami.









Sunday, August 20, 2017

Motivasi kepada calon UPSR....

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Posting pagi ini..Program  motivasi dan kata-kata semangat kepada 6 orang calon UPSR SKKS oleh YDP PIBG Encik Azhar Bin Jambol serta penyampaian sumbangan kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan Percubaan yang diadakan baru-baru ini. Para ibu juga dijemput dalam majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG serta ibu bapa yang dapat hadir pada program tersebut.