Wednesday, October 26, 2016

Perkhemahan Tahunan unit uniform...

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa...posting hari ini..perkhemahan tahunan unit uniform SK Kampung Shukor berjalan lancar selama 3 hari bermula 25 Oktober sehingga 27 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Pihak sekolah juga berbesar hati di atas kesudian pihak bomba dari Durian Mas telah menunjukkan demostrasi memandam kebakaran dan ceramah mengenai tips ketika menghadapi musim banjir. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru, pekerja swasta,pengawal keselamatan,PIBG serta mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan..InsyaAllah...
Membuat gajet...

Aktiviti Memasang khemah...


Aktiviti memasak jemput-jemput bawang

Pembelajaraan Abad 21....

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...Posting petang ini pembelajaran abad 21 atau dikenali juga PAK 21 merupakan pembelajaran dan pengajaran yang amat menarik dan menyeronokkan jika guru-guru dapat mempraktikkan sebaik mungkin di dalam kelas. murid-murid begitu tertarik menggunakan komputer kerana banyak maklumat dapat dikumpul dalam pdp mereka. Justeru, sekolah cuba mengetengahkan kaedah mencari maklumat menggunakan laptop kepada murid-murid dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan.
Murid-murid tekun melayari intenet mencari maklumat...

Wednesday, October 12, 2016

Lawatan Bermaklumat ke Kuala Terengganu...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...posting petang ini lawatan bermaklumat sekolah ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Terengganu. Lawatan ini dikelolakan oleh unit uniform sekolah dibantu oleh Cg Nasir dan Cg Faizul selaku ketua rombongan. Seramai 34 orang murid tahap dua berpeluang mengikuti rombongan ini dibantu oleh 5 orang guru yang terlibat. Antara tempat-tempat menarik yang sempat dikunjungi ialah:

  • Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • Muzium Negeri
  • Bukit Puteri
  • Pasar Kedai Payang
Lawatan ini bertujuan untuk memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan murid-murid ke tempat-tempat yang bersejarah serta mendapat info yang berguna sebagai pengalaman yang sukar dilupakan. Tahniah dan syabas kepada Unit Uniform sekolah kerana mampu mengelolakan lawatan ini dengan jayanya.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan...




Saturday, October 8, 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah...Meriah!

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa....hari ini merupakan Hari Sukan Negara yang disambut seluruh Malaysia...Kita bersatu hati dan tenaga untuk sama-sama menjayakan hari sukan negara yang sambut setiap tahun pada bulan oktober. Sambutan peringkat sekolah telah disertai oleh JKKK serta dibantu oleh PIBG dapat diselenggara dengan baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua semoga sarana bersama dengan komuniti setempat ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan kerjasama yang patut dikekalkan...InsyaAllah...