Tuesday, November 8, 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2016...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...Minggu ini merupakan minggu peperiksaan kepada semua murid Negeri Terengganu tidak terkecuali kepada semua murid Sk kampung Shukor. Pihak sekolah berharap semua murid dapat menjawab dengan baik dan mendapat markah cemerlang..Insyaallah.



Wednesday, October 26, 2016

Perkhemahan Tahunan unit uniform...

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa...posting hari ini..perkhemahan tahunan unit uniform SK Kampung Shukor berjalan lancar selama 3 hari bermula 25 Oktober sehingga 27 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Pihak sekolah juga berbesar hati di atas kesudian pihak bomba dari Durian Mas telah menunjukkan demostrasi memandam kebakaran dan ceramah mengenai tips ketika menghadapi musim banjir. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru, pekerja swasta,pengawal keselamatan,PIBG serta mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan..InsyaAllah...
Membuat gajet...

Aktiviti Memasang khemah...


Aktiviti memasak jemput-jemput bawang

Pembelajaraan Abad 21....

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...Posting petang ini pembelajaran abad 21 atau dikenali juga PAK 21 merupakan pembelajaran dan pengajaran yang amat menarik dan menyeronokkan jika guru-guru dapat mempraktikkan sebaik mungkin di dalam kelas. murid-murid begitu tertarik menggunakan komputer kerana banyak maklumat dapat dikumpul dalam pdp mereka. Justeru, sekolah cuba mengetengahkan kaedah mencari maklumat menggunakan laptop kepada murid-murid dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan.
Murid-murid tekun melayari intenet mencari maklumat...

Wednesday, October 12, 2016

Lawatan Bermaklumat ke Kuala Terengganu...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...posting petang ini lawatan bermaklumat sekolah ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Terengganu. Lawatan ini dikelolakan oleh unit uniform sekolah dibantu oleh Cg Nasir dan Cg Faizul selaku ketua rombongan. Seramai 34 orang murid tahap dua berpeluang mengikuti rombongan ini dibantu oleh 5 orang guru yang terlibat. Antara tempat-tempat menarik yang sempat dikunjungi ialah:

  • Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
  • Muzium Negeri
  • Bukit Puteri
  • Pasar Kedai Payang
Lawatan ini bertujuan untuk memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan murid-murid ke tempat-tempat yang bersejarah serta mendapat info yang berguna sebagai pengalaman yang sukar dilupakan. Tahniah dan syabas kepada Unit Uniform sekolah kerana mampu mengelolakan lawatan ini dengan jayanya.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan...




Saturday, October 8, 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah...Meriah!

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa....hari ini merupakan Hari Sukan Negara yang disambut seluruh Malaysia...Kita bersatu hati dan tenaga untuk sama-sama menjayakan hari sukan negara yang sambut setiap tahun pada bulan oktober. Sambutan peringkat sekolah telah disertai oleh JKKK serta dibantu oleh PIBG dapat diselenggara dengan baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua semoga sarana bersama dengan komuniti setempat ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan kerjasama yang patut dikekalkan...InsyaAllah...





Wednesday, September 28, 2016

Temu Murni bersama Pengawal Keselamatan Sekolah...

Rabu 28 Sept. 2016

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa...Satu taklimat telah diadakan bersama-sama dengan Pengawal Keselamatan Sekolah yang dikendalikan oleh Puan Guru Besar. Banyak info dan maklumat keselamatan dapat dikongsi bersama dalam pertemuan tersebut. Berharap moga kesepaduan antara pihak sekolah dengan Pengawal Keselamatan Sekolah dapat mewujudkan suasana sekolah yang harmoni.Terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama tersebut.



Wednesday, September 21, 2016

Bengkel Sifir Jari...Menarik!

Rabu 21 Sept. 2016.

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa....entry hari ini mengenai Bengkel Sifir jari di bawah anjuran Carelearning Success System yang diadakan di dewan sekolah amat menarik dan berguna kepada semua murid.Konsep yang diketengahkan kepada murid-murid mendarab menggunakan sepuluh jari tanpa melalui proses menghafal. Bengkel ini dijalankan selama sejam dengan jurulatih utama iaitu Ustaz Mohd Ruhuzad bin Rusdi bersama dengan Pn. Norain bt Abd. Rahman. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan murid-murid kerana turut serta dalam aktiviti yang dijalankan...


Sesi bersoaljawab bersama murid-murid...

Menerima sijil penghargaan daripada Guru Besar



Tuesday, September 6, 2016

Selamat Menduduki UPSR 2016..!



Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid-murid tahun 6 Sk Kampung Shukor...Buat yang terbaik...kami warga sekolah mendoakan semoga anak-anak didik cikgu menjawab dengan baik dan tenang...



Sunday, August 28, 2016

Program Singgah Sayang...

Ahad 28 Ogos 2016

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa....Program Singgah Sayang merupakan program yang dilangsungkan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Din bersama-sama dengan AJK Program. Program ini merupakan program sentuhan terakhir kepada murid-murid UPSR yang diilhamkan oleh Dato' haji Din sendiri sebagai wadah dan suntikan semangat kepada murid-murid SK Kampong Shukor...Terima kasih Dato' kerana sudi memberi motivasi kepada murid-murid kami...Insyaallah kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR..syabas dan tahniah kepada semua yang hadir...

Wednesday, August 24, 2016

Sambutan Bulan kebangsaan...

Ahad 28 Ogos 2016

Assalamulaikum..salam Sejahtera....Salam Sehati Sejiwa...Sambutan bulan Kebangsaan peringakt sekolah SK kampong Shukor disambut secara sederhana tetapi meriah dengan pelbagai aktiviti seperti mendeklamasi sajak murid dan guru..mewarna bagi murid tahap 1 dan teka silangkata untuk murid tahap 2..Aktiviti di adakan di dewan sekolah. Tidak lupa juga aktiviti menghias basikal dari murid-murid sendiri...Tahniah dan Syabas diucapkan...



PEMANTAUAN UPSR SICt BAHASA MELAYU...

Rabu 24 Ogos 2016


Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa....Pemantauan wakil PPD SICt Bahasa Melayu ke sekolah kami dalam usaha memberi motivasi dan  tips berguna kepada calon UPSR sekolah kami...Terima kasih dan Syabas diucapkan kepada Encik CW Jamil Bin CW Abdul Hamid dan Encik Mohamad Bin Ibrahim kerana berpelung ke sekolah kami...segala ilmu yang dicurahkan akan dipergunakan sebaik mungkin oleh murid-murid kami...InsyAllah..


Murid-murid tekun mendengar penerangan yang diberikan..



Tuesday, August 23, 2016

SELAMAT DATANG GURU BESAR BAHARU!

Selasa 23 Ogos 2016

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa....paparan terkini dengan kehadiran Guru Besar baharu ke SK Kampung Shukor seorang perempuan ..memahat tamadun mencipta sejarah Guru Besar perempuan pertama dinobatkan sebagai Guru Besar setelah 20 orang Guru Besar sebelum ini adalah Guru Besar Lelaki....Tahniah dan syabas atas pelantikan...SELAMAT DATANG CIKGU!!! kami mengalu-alukan kedatangan cikgu ke sekolah kami....

Guru Besar yang BAHARU dilantik 
 PUAN FATIMAH WATI BT SALLEH