Wednesday, February 22, 2017

Program BKAP peringkat sekolah

Assalamulaikum ..Salam Sehati Sejiwa. Posting hari ini mengenai pemberian BKAP iaitu Bantuan Khas Awal Persekolahan yang telah diadakan pada Selasa 21 Februari di Dewan sekolah jam 11.30 pagi. seramai 33 orang ibu bapa yang dapat hadir ke sekolah dan menerima wang tunai sebanyak RM100 setiap seorang. BKAP Fasa 1 ini memperuntukkan sebanyak RM3300 dan diserahkan kepada mereka yang berpendapatan kurang dari RM3000. Fasa ke 2 akan menyusul iaitu seramai 15 orang lagi yang bakal menerima pemberian tersebut. Penyampaian BKAP ini disempurnakan oleh YDP Sk Kampung Shukor iaitu En. Azhar Bin Jambul.

Adik Qistina yang mendapat 8A dalam UPKK juga turut menrima sumbangan daripada PIBG sebagai galakan kepadanya



En. Azhar juga memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 serta ibu bapa yang turut serta dalam perjumpaan tersebut. Banyak tips berguna telah diberikan kepada ibu bapa sebagai panduan untuk melengkapkan anak-anak mereka lebih cemerlang dalam UPSR

Kehadiran para ibu bapa dalam pemberian BKAP

Sunday, February 19, 2017

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2017

Assalamulaikum...Salam Sejahtera...Salam Sehati Sejiwa. Alhamdulliah SK Kampung shukor berjaya mengadakan kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2017 pada Khamis 16 Februari baru-baru ini. Kejohanan ini disertai oleh semua murid dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. SKKS juga berbesar hati dan bertuah kerana majlis penutup dan penyampian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu iaitu Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Husin yang berkebetulan mengadakan lawatan kerja ke Sk Kampung shukor. Dalam ucapan beliau menekankan pentingnya murid-murid menjaga hubungan baik dengan guru-guru dan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang aktiviti mampu melonjakkan kemenjadian murid-murid di peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya."Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"




Wednesday, February 8, 2017

Program Jom Ke Sekolah.....

Rabu 8 Februari 2017


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...Posting pagi ini Program Jom Ke Sekolah yang diasaskan oleh KPM berjaya dilaksanakan serentak di seluruh negara pada Ahad 5 Februari baru-baru ini.Program ini yang julung-julung kali diadakan dengan mendapat kerjasama dari Pegawai polis setempat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan AJK yang terlibat. Ucapan terima kasih juga kepada Koperal Ibrahim Bin Muhamad dari pondok Polis Kuala Jengal dan Koperal Abdul Halim dari Pondok Polis Pasir Raja serta En. Azmi Yusof  wakil Pegawai Pendidikan Daerah Dungun yang turut serta dalam pelancaran program tersebut.