Monday, November 5, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

Sebahagian gambar-gambar sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kampung Shukor tahun 2012 yang telah berlangsung di Balairaya Kampung Shukor, Dungun, Terengganu.













Sunday, October 7, 2012

Perkhemahan Tahunan 2012

27 September 2012 - Perkhemahan Tahunan pada tahun ini telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula 27hb September dan berakhir pada 29hb September 2012. Program dijalankan di Hutan Lipur Bumbung Raja, Mukim Pasir Raja, Dungun. Seramai 35 orang murid terdiri daripada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 telah terlibat.





























Sunday, September 9, 2012

Majlis Menghalalkan Ilmu



Ahad - 9 September 2012 bersamaan 22 Syawal 1433H, satu majlis ringkas  iaitu majlis menghalalkan ilmu diadakan pada sebelah pagi khusus untuk semua calon UPSR di mana dalam majlis ini semua murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR bersalaman dengan semua guru, memohon ampun dan menghalalkan ilmu yang diterima. Majlis yang merupakan tradisi sekolah menjelang beberapa hari sebelum berlangsungnya UPSR diharapkan dapat meningkatkan keyakinan murid, menguatkan semangat dan menambah keberkatan ilmu.








Monday, August 27, 2012

Pelajar terbaik Percubaan UPSR 2012

 Muhammad Abdul Hadi bin Rosli, pelajar terbaik Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 dengan pencapaian 4A 1C menerima hadiah penghargaan dari Tuan Guru Besar SK Kampung Shukor bagi pihak sekolah.

Wednesday, August 8, 2012

40 Hari Menjelang UPSR 2012

5 Ogos(Ahad) - Majlis perisytiharan 40 hari menjelang UPSR telah diadakan semasa perhimpunan mingguan di tapak perhimpunan (dataran kejat). Majlis telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1(Pentadbiran), Encik Kamarul Zaman bin Mat Ali. Pada majlis tersebut murid-murid Tahun 6 telah melafazkan ikrar UPSR dengan penuh semangat dan berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.