Wednesday, April 19, 2017

Perarakan Apresiasi KoKurikulum 2017...

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa..Entry hari ini Perarakan Apresiasi kokurikulum yang dilangsungkan serentak seluruh negeri Terengganu telah diadakan pada 18 April 2017 melibatkan murid tahap 2 semalam telah selamat dilaksanakan dengan mendapat kerjasama dari PIBG. Syabas dan tahniah diucapkan.




Tuesday, April 18, 2017

Bola Sepak Peringkat PKG...Tahniah!

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa. Posting pagi ini pertandingan bola sepak perngkat PKG Bukit Besi berlangsung di padang SK Pasir Raja Hulu Dungun dapat disempurnakan dengan jaya. Pasukan SK Kampung Shukor turut memeriahkan pertandingan tersebut. Walaupun hanya berjaya di peringkat suku akhir, sekurang-kurangnya semangat berjuang itu sentiasa ada. Penglibatan semua warga sekolah dan penyokong setempat sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada pemain2 untuk berjuang sehabis baik...

Tahniah dan Syabas kepada jurulatih cg faisal,ust rizal serta Pembantu Tadbir  En. Azhar yang tidak jemu-jemu melatih murid-murid ini setiap petang setidaknya SKKS dipadang pasukan yang underdog cuma nasib tidak menyebelahi...InsyaAllah laku kan yang terbaik untuk tahun depan..."Pisang Sesikat Susu Sebelanga Tanda maufakat Bersama-sama."


Sunday, April 9, 2017

Kem Membaca 1Malaysia(KM1M)..

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...posting pagi ini sekolah telah berjaya melaksanakan program kem Membaca 1Malaysia(KM1M) dengan jayanya hasil kerjasama semua warga SKKS serta murid-murid yang begitu komited menjayakan aktiviti yang telah dijalankan. KM1M dijalankan dari 4-6 April 2017 bertempat di Dewan Gemilang SK Kampung shukor.  Kem membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. KM1M tahun 2017 dilaksanakan bermula daripada 4 Aril sehingga 6 April 2017



            Kem Membaca  1malaysia (KM1M) merupakan aktiviti tahunan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahun melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid-murid.
Berbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti: 
  • Pertandingan Bercerita
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Bicara Buku



Pn. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Pemenang.