Sunday, April 9, 2017

Kem Membaca 1Malaysia(KM1M)..

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...posting pagi ini sekolah telah berjaya melaksanakan program kem Membaca 1Malaysia(KM1M) dengan jayanya hasil kerjasama semua warga SKKS serta murid-murid yang begitu komited menjayakan aktiviti yang telah dijalankan. KM1M dijalankan dari 4-6 April 2017 bertempat di Dewan Gemilang SK Kampung shukor.  Kem membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. KM1M tahun 2017 dilaksanakan bermula daripada 4 Aril sehingga 6 April 2017



            Kem Membaca  1malaysia (KM1M) merupakan aktiviti tahunan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahun melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid-murid.
Berbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti: 
  • Pertandingan Bercerita
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Bicara Buku



Pn. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Pemenang.








No comments:

Post a Comment