Monday, August 21, 2017

Sambutan Bulan kebangsaan Peringkat Sekolah...Meriah!

Assalamulaikum dan Salam Negaraku Malaysia..

Sempena dengan bulan kebangsaan pada bulan Ogos, SKKS tidak terkecuali menjalankan aktiviti yang menarik sepanjang bulan Ogos bagi melahirkan rasa kecintaan kepada negara. Pelbagai aktiviti dan acara telah dijalankan bersesuaian dengan tema bulan Kebangsaan pada tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa.. Perarakan bendera Malaysia dan pertandingan menghias basikal juga dijalankan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK serta murid-murid yang telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap acara yang dipertandingkan.




No comments:

Post a Comment