Thursday, March 22, 2012

Perkhemahan Kelab Pencinta Alam Peringkat Kebangsaan

     Pada 9 - 11 Mac 2012 yang lalu tiga orang murid SK Kampung Shukor telah menyertai Perkhemahan Kelab Pencinta Alam Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan dan di Tanjung Tuan, Melaka. Untuk pengetahuan semua,kedua-dua tempat tersebut terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
     Peserta-peserta dari SK Kampung Shukor tersebut adalah Iman Zul Hakim bin Rosdi (Tahun 6), Muhammad Muharram bin Zainuddin (Tahun 6) dan Nur Diyana Adnan (Tahun 5). Tahniah diucapkan kepada mereka yang mana telah sanggup menempuh cabaran sepanjang perkhemahan tersebut ditambah pula terpaksa berjauhan dari keluarga dan kampung halaman. Semoga mereka mendapat manafaat daripada pengalaman yang amat berguna itu. Tahniah sekali lagi.
 Iman Zul Hakim sedang menerima sijil penyertaan dari Guru Penolong Kanan 1.

 Muhammad Muharram sedang menerima sijil penyertaan dari Guru Penolong Kanan 1.

     Nur Diyana sedang menerima sijil penyertaan dari Guru Penolong Kanan 1.

Wednesday, March 7, 2012

Ujian OTI 1

Ujian bertulis kali ke dua sekolah-sekolah di Terengganu untuk tahun 2012, iaitu Ujian OTI 1 (Operational Targeted Increment) dijalankan bermula 6 Mac dan berakhir pada 8 Mac (ujian pertama ialah Ujian TOV : 29 - 31Januari). Ujian ini bertujuan untuk mengesan peningkatan hasil pembelajaran yang disasarkan.

Friday, March 2, 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

29 Feb. - Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Shukor kali ke 27 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di balairaya Kampung Shukor. Majlis yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK), Kampung Shukor, Encik Zakaria bin Muhsin.