Tuesday, May 30, 2017

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslim dan muslimat serta warga SK KG SHUKOR..Alhamdulillah, telah tiba kepada kita satu bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Kedatangannya sangat ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam  firman Allah SWT:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Selamat Hari Guru...

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa...walaupun hari guru yang disambut setiap 16 Mei sudah berlalu tetapi tidak lewat lagi untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di Sk kg shukor..walaupun terpinggir tetapi bersemangat waja...walaupun kecil di mata tetapi besar di hati...pengorbanan dan jasa guru tiada galang gantinya...walau di mana anda berada.. gelaran itu sentiasa hebat..sehebatnya jiwa seorang guru..

Banyak aktiviti yang dirancang dan berjaya dilaksanakan...tahniah n syabas sesungguhnya "pisang sesikat susu sebelanga...tanda maufakat bersama-sama"