Wednesday, June 21, 2017

Program Ifftar Ramadan...Alhamdulliah terlaksana juga..

Rabu 21 Jun 2017

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Alhamdulliah Program Iftar Ramadan yang dilaksanakan di sekolah mendapat sambutan daripada ibu bapa dan murid-murid kampung shukor. Walaupun pada asalnya diadakan di depan sekolah tetapi terpaksa dibatalkan kerana hari hujan dan dijalankan di dewan sekolah. Pelbagai juadah dihidangkan dan dibawa oleh ibu bapa masing-masing. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Panitia Agama Islam kerana berjaya mengadakan program ini bagi meningkatkan silaturahim warga sekolah bersama ibu bapa. Semoga usaha murni ini berpanjangan dan diadakan setiap tahun. Program ini termasuk dalam aktiviti Panitia Agama Islam sempena Ihya Raamdan yang dijalankan selama sebulan. Syabas dan tahniah..




Terpaksa dipindahkan ke dewan kerana hujan...apa-apa pun ianya berjalan dengan baik.

Wednesday, June 14, 2017

Projek Pembinaan Dewan Sekolah bermula...syabas!

Rabu 14 Jun 2017

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...Alhamdulliah setelah sekian lama melihat kolam ikan yang terbiar dan menjadi tempat paling berbahaya di kawasan sekolah ...maka pada hari ini setelah perbincangan demi perbincangan dibuat...terlaksana juga hasrat Guru Besar untuk menimbus dan membina sebuah dewan bagi kemudahan murid-murid SK Kg shukor bermula..Untuk pengetahuan pembaca semua kolam ini telah digali sejak berbelas tahun dahulu sebagai kolam ikan di dalam kawasan sekolah.Admin tidak ketahui apa motif sebenar kolam ini diwujudkan di kawasan sekolah yang lebih merupakan kawasan bahaya pada murid-murid kerana kedalaman kolam ini mengancam nyawa mereka.

Setelah Guru Besar baharu datang, atas usaha dan inisiatif beliau maka kolam ini berjaya ditimbus dengan mendapat kerjasama dari PIBG. Terima Kasih kepada YDP PIBG En. Azhar Jambul kerana berjaya mendapat dana bagi melakanakan projek yang besar ini. Semoga usaha murni ini berterusan dan impian untuk melihat sebuah dewan tersergam indah dapat direalisasikan seperti yang dirancangkan.InsyaAllah. Kepada PPD Dungun yang memantau perjalanan projek ini diucapkan ribuan terima kasih.
Kawasan kolam yang terbiar di dalam kawasan sekolah mengancam nyawa murid-murid


Kolam yang tidak berpagar...mengancam keselamatan murid-murid





Kerja-kerja menimbus kolam giat dijalankan...