Monday, July 31, 2017

Pemantauan Audit Negara Pasca banjir...

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Posting petang ini...lawatan dan pemantauan audit negara dari Putrajaya telah berkunjung ke Sk Kampung Shukor bagi Pasca Banjir 2015. Kumpulan mereka terdiri dari pegawai audit iaitu Puan Jamalia dan Puan Siti Binti Alias serta pegawai-pegawai daripada PPD dan JPNT serta wakil daripada JKR telah berkampung di SK Shukor. Alhamdulliah tidak banyak teguran yang dibuat dan lawatan mereka berakhir tepat jam 3.30 petang. Kepada semua guru dan staf sokongan terima kasih banyak-banyak kerana berjaya bekerjasama sepanjang pemantauan itu dibuat. 


Monday, July 24, 2017

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Hari ini murid-murid tahun 6 di seluruh negeri Terengganu menduduki peperiksaan percubaan UPSR dengan semangat dan azam yang berkobar-kobar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan sebenarnya yang dijangka pada bulan September ini. Buat yang terbaik. Semoga segala usaha dan perih jerih dapat dicurahkan dalam peperiksaan ini. Selamat berjaya dan memperolehi kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.

Murid-murid tekun menjawab soalan



Singgah Sayang UPSR...PPD Dungun.

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Posting pagi ini...program singgah sayang yang dianjurkan oleh PPD Dungun kepada sekolah bagi memberi motivasi terakhir kepada murid-murid UPSR telah diadakan di sekolah SK Kg Shukor. Pegawai serata dari PPD Dungun Selaku 1P1S sekolah En. Azmi Bin Muda bersama dengan En. Noh telah memberi sedikit info serta rangsangan kepada murid-murid tahun 6 sesuai dengan minggu2 terakhir menjelang UPSR pada 11-14 September 2017 ini. Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak memberi suntikan dan semangat kepada murid-murid dan guru-guru untuk sama-sama memastikan DUNGUN CEMERLANG dapat direalisasikan dalam UPSR nanti. InsyaAllah. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang pengawai tersebut kerana sudi meluangkan masa ke sini.



En. Azmi sedang memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6.

Sunday, July 16, 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah...meriah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Posting petang ini..masih lagi aura hari raya..sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan serentak di seluruh negeri pada 6 Julai yang lalu. Sk Kampung Shukor juga menyambutnya dalam suasana yang cukup meriah dengan pelbagai juadah dan persembahan daripada murid-murid. Kunjungan ibu bapa serta dif-dif yang dijemput juga turut hadir dalam memeriahkan suasana yang ada. Terima kasih kepada semua guru..PIBG dan ibu bapa yang hadir dalam membuat persiapan sehingga berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah diucapkan. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.




Sunday, July 2, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Kami warga sekolah kebangsaan Kampung Shukor mengucapkan selaamt Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslim dan muslimat di seluruh dunia. Moga Hari Raya tahun ini kita dikurniakan kesihatan yang baik. InsyaAllah.





Aktiviti membuat dan membakar lemang...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Entry hari ini aktiviti membakar lemang dan membuat lemang anjuran kelab guru yang diadakan pada Khamis sebelum cuti raya. Program ini sebagai aktiviti penutup Ilya Ramadan anjuran panitia Agama Islam.Kami berjaya menyiapkan 80 batang lemang untuk diagihkan kepada semua guru dan staf sekolah sebagai jaudah berbuka puasa. Semoga usaha begini berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah.