Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa..Entry hari ini Perarakan Apresiasi kokurikulum yang dilangsungkan serentak seluruh negeri Terengganu telah diadakan pada 18 April 2017 melibatkan murid tahap 2 semalam telah selamat dilaksanakan dengan mendapat kerjasama dari PIBG. Syabas dan tahniah diucapkan.
Wednesday, April 19, 2017
Tuesday, April 18, 2017
Bola Sepak Peringkat PKG...Tahniah!
Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa. Posting pagi ini pertandingan bola sepak perngkat PKG Bukit Besi berlangsung di padang SK Pasir Raja Hulu Dungun dapat disempurnakan dengan jaya. Pasukan SK Kampung Shukor turut memeriahkan pertandingan tersebut. Walaupun hanya berjaya di peringkat suku akhir, sekurang-kurangnya semangat berjuang itu sentiasa ada. Penglibatan semua warga sekolah dan penyokong setempat sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada pemain2 untuk berjuang sehabis baik...
Tahniah dan Syabas kepada jurulatih cg faisal,ust rizal serta Pembantu Tadbir En. Azhar yang tidak jemu-jemu melatih murid-murid ini setiap petang setidaknya SKKS dipadang pasukan yang underdog cuma nasib tidak menyebelahi...InsyaAllah laku kan yang terbaik untuk tahun depan..."Pisang Sesikat Susu Sebelanga Tanda maufakat Bersama-sama."
Sunday, April 9, 2017
Kem Membaca 1Malaysia(KM1M)..
Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...posting pagi ini sekolah telah berjaya melaksanakan program kem Membaca 1Malaysia(KM1M) dengan jayanya hasil kerjasama semua warga SKKS serta murid-murid yang begitu komited menjayakan aktiviti yang telah dijalankan. KM1M dijalankan dari 4-6 April 2017 bertempat di Dewan Gemilang SK Kampung shukor. Kem membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009
sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam
melaksanakan program ini. KM1M tahun 2017 dilaksanakan bermula daripada 4 Aril
sehingga 6 April 2017
Kem Membaca 1malaysia (KM1M) merupakan aktiviti tahunan
kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya
membaca dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahun melalui pelbagai aktiviti
yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid-murid.
Berbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti:
- Pertandingan Bercerita
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Melukis Poster
- Bicara Buku
![]() |
Pn. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Pemenang. |
Subscribe to:
Posts (Atom)