AKTIVITI TERKINI

Program Bicara Akademik Guru-guru Tahun 6 Bersama Ibubapa
Program Bicara Akademik Guru-guru Tahun 6 Bersama Ibubapa telah berlangsung pada 25 Januari 2012 yang lalu bertempat di bilik Tahun 6 Arif, SK Kampung Shukor. Kehadiran ibubapa amat-amat menggalakkan di mana hampir seratus peratus telah hadir pada hari tersebut. Mereka telah memberi kerjasama yang padu dan menyuarakan komitmen yang tinggi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang khususnya murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Mereka telah menyatakan sokongan penuh terhadap program-program yang akan dilaksanakan pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini. Antara program yang akan dilaksanakan ialah Kelas Tambahan selepas waktu P & P perdana empat hari seminggu, Kelas Malam, Kelas Tambahan waktu cuti, Kem Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan dan lain-lain lagi. 











Program Solat Hajat dan Motivasi Murid Tahun 6
Pada hari ini, 26 Julai 2011 telah berlangsung Program Solat Hajat untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Solat hajat ini turut disertai oleh para ibubapa kepada murid sebaik selesai menunaikan solat Zohor berjemaah di surau sekolah. Tepat jam 2.30 petang disusuli pula Program Motivasi untuk murid Tahun 6 dan ibubapa. Program ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Cikgu Ismail bin Salleh dari SK Bukit Besi yang berakhir pada jam 4.30 petang. 




Program Win Heart and Mind 2011 Universiti Sultan Zainal Abidin
Program ini telah dijayakan oleh sekumpulan 50 orang mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) Gong Badak, Kuala Terengganu pada 21 Julai 2011 bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 11.45 pagi. Aktiviti yang dijalankan adalah pembelajaran Bahasa Inggeris melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 5 yang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu dalam bahasa Inggeris bertemakan "Grammar"yang dibimbing oleh mahasiswa yang juga dibahagikan kepada 8 kumpulan.







  

Mount Berembun Green Challenge 2011
Seramai 20 orang murid SK Kampong Shukor telah mengambil bahagian dalam program ini pada 16 Julai 2011. Program ini dianjurkan oleh Kelab Kembara Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Hutan Lipur Cemerung sempena kempen 1Malaysia Green 1Malaysia Clean. Murid SK Kampong Shukor telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara mewarna dan menghias tong sampah. Di bawah ini ialah sebahagian gambar-gambar pada program tersebut.




Lawatan dari SK Kampong Baharu, Sabak Bernam.
Pada 17 Julai 2011(Ahad), SK Kampong Shukor telah menerima kunjungan dari sebuah sekolah yang juga merupakan Sekoah Kurang Murid (SKM) di Sabak Bernam, Selangor. Rombongan dari sekolah tersebut disertai seramai 35 orang guru dan kakitangan diketuai oleh Guru Besar SK Kampong Baharu, Tn. Haji Mohd Multazam Khair bin Mohd Affandi, tiba pada jam 2.45 petang, terlewat hampir 3 jam daripada jadual asal. Program lawatan tersebut adalah sebahagian daripada Program Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP). Mereka telah diberi taklimat berkenaan SK Kampong Shukor sebelum dibawa melawat sekitar sekolah dan bilik-bilik khas. Sebelum berangkat pulang,mereka dijamu dengan sedikit hidangan ringan(bihun goreng) dan keropok lekor. Mereka berangkat pulang pada jam 5 petang.

Di bawah adalah sebahagian daripada gambar-gambar semasa lawatan tersebut:







   

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 2 Julai 2011








Aktiviti Ko-Kurikulum pada 28 Jun 2011 - Pertandingan Memasak Cucur Kodok




















Majlis Menandatangani Kad Pelaporan Kemajuan Murid bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 (OTI 2)
Tarikh : 21 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi



SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011













SUKAN TAHUNAN 2011 & MAJLIS KESYUKURAN
12 MEI 2011 (KHAMIS)
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua PIBG SK Kampung Shukor, Encik Md Noor bin Aman.
Johan : Rumah Biru
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat Ketiga : Rumah Merah
Khemah Rumah Sukan Tercantik telah dimenangi oleh Rumah Merah dan tempat kedua Rumah Biru.
Acara 4 x 100m terbuka telah dimenangi oleh SK Pasir Raja sebagai juara manakala acara 400m terbuka pula dimenangi oleh SK Jongok Batu.

LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK SUASANA TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK KAMPUNG SHUKOR 2011.
 


















Sukan Tahunan : Gotong-royong cari buluh & dirikan khemah
Hari Isnin, 9 Mei 2011 bermula jam 3 petang para ibubapa dan guru SKKS telah berganding bahu dalam satu gotong-royong dengan matlamat menjayakan Hari Sukan Tahunan Sekolah bagi tahun ini. Program dimulakan dengan aktiviti mencari buluh untuk digunakan bagi mendirikan khemah-khemah rumah sukan dan urusetia di padang manakala untuk majlis jamuan, dua kanopi didirikan di dataran kejat. Kerja-kerja telah berjaya diselesaikan pada lewat petang iaitu kira-kira jam tujuh petang. Terima kasih dan syabas kepada semua guru dan ibubapa yang terlibat.








PEMANTAUAN PENGURUSAN SEKOLAH
21 April 2011 - Ketua Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Jelani bin Sulong telah melakukan pemantauan ke sekolah ini. Turut bersama beliau ialah seorang pegawai Unit Sekolah Rendah, iaitu Encik Mat Lazim Noor. Dalam perjumpaan bersama semua guru, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan sekolah ini hingga layak mendapat bai'ah. Beliau juga menekankan supaya guru-guru :
- mengamalkan budaya kerja cemerlang
- beri inspirasi kepada murid-murid
- tampilkan diri dgn imej dan perwatakan yg baik supaya dihormati murid dan ibubapa serta masyarakat
- mengamalkan keikhlasan dan kejujuran dalam bekerja
- amalkan budaya ilmu, inovasi dan memberi penghargaan kepada murid.
Sesi Perjumpaan Encik Jelani dengan semua guru.


PEMANTAUAN PBS
20 April 2011 - Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) telah dijalankan oleh dua orang pegawai dari Unit Peperiksaan, PPD Dungun. Beliau telah memeriksa fail-fail utama berkaitan PBS iaitu Fail Induk dan Fail Matapelajaran(utk PBS iaitu BM,BI,MT,PEKA-SN,AG). Dalam taklimat ringkas,beliau telah menekankan bahawa kedatangan beliau bukan untuk mencari kesalahan guru sebaliknya untuk mempastikan kelemahan dan kekurangan dapat diatasi.
   
PEMERIKSAAN GIGI
Pemeriksaan gigi semua murid bermula hari Ahad 17 April 2011 dan berakhir pada hari Khamis 21 April 2011.


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LDP)
Kursus Aplikasi ICT Dalam P&P dilangsungkan di Bilik Komputer SK Kampong Shukor pada 30 - 31 Mac 2011. En Mohd Fazary bertindak selaku fasilitator pada siri kursus ini.



Hadiah Kecemerlangan Ujian OTI 1 Untuk Murid Tahun 6



HOKI ZON BUKIT BESI 2011
Pasukan Hoki SK Kampong Shukor bergambar sebelum perlawanan yang berlangsung pada 30 Mac 2011.

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU 2011
Peserta dari SK Kg Shukor (tengah) sedang menunggu giliran untuk menyampaikan ceritanya dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu 2011 yang berlangsung pada 22 Mac di SK Jongok Batu.

Peserta dari SK Kampong Shukor sedang menyampaikan ceritanya.

MSSD DUNGUN 2011 
Kejohanan Olahraga MSSD Dungun 2011 berlangsung pada 2 Mac bertempat di SMK Sultan Omar, Dungun.

LAWATAN PEMANTAUAN DARI PPD DUNGUN
 Rombongan dari Unit Pengurusan Sekolah PPD Dungun telah melakukan lawatan pemantauan ke SK Kampong Shukor pada 6 Mac 2011. Rombongan yang mengandungi empat orang pegawai itu tiba pada jam 8.30 pagi dan pulang pada jam 1.40 tgh selepas mengadakan perjumpaan dengan semua guru di akhir lawatan mereka.


MESYUARAT AGUNG PIBG 2011
Mesyuarat Agung PIBG tahun ini telah dilangsungkan pada 16 Februari 2011 bertempat di Balairaya Kampung Shukor bermula jam 3.30 ptg. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 ptg.



MAJLIS PERPISAHAN GURU YANG BERTUKAR
Majlis perpisahan untuk En Mohd Maliki bin Abdul Razak dan Cik Kartini Bt Abdul telah diadakan di kantin SK Kampong Shukor pada 14 Feb 2011. En Maliki telah berpindah ke SK Tok Jiring, Kuala Terengganu. Beliau telah mengajar di SK Kampong Shukor selama setahun manakala Cik Kartini Bt Abdul selama 3 tahun. Cik Kartini telah bertukar ke SK Neram 1, Kemaman Terengganu. Diharap mereka berdua dapat menjalankan tugas di sekolah baru dengan komited dan lebih cemerlang lagi.





PERJUMPAAN DENGAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 KALI PERTAMA SESI 2011
Perjumpaan kali pertama dengan ibubapa murid Tahun 6 Sesi 2011 telah berlangsung pada hari Khamis 10 Februari 2011 bertempat di perpustakaan SK Kampong Shukor. Komitmen yang ditunjukkan oleh para ibubapa amat memberangsangkan di mana mereka semua telah dapat menghadirkan diri.




                                               KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011
Kejohanan merentas desa pada tahun ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya pada 10 Februari 2011 yang lalu.



MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS 2011
Majlis Pentauliahan Pengawas untuk tahun 2011 telah berlangsung pada hari Ahad 6 Februari 2011 yang lalu. Seramai 11 orang pengawas telah ditauliahkan oleh Sarjan Mejar Halim bin Hussin, OCS Balai Polis Kuala Jengai, Dungun.
                                      
                                      



English Storytelling Competition
04042010
SK Ladang Gajah Mati
The Storytellers = Zatil Hidayah Binti Zainuddin & Tengku Mohd Faris Bin Tengku Md. shafie
Title of the scripts = The Duck Who Wants To Be Different & The Great Big Enormous Turnip



Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

19hb April 2010 di SK Kuala Jengal
Pencerita = Zatil Hidayah Binti Zainuddin & Tengku Syahirah Nadirah Binti Tengku Mohd Hamdan


Bersama Cikgu Norlela Kori

Bersama Cikgu Rosma Sulaiman

Peserta Kita


            SAMBUTAN HARI GURU 2010
           TEMA = GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Our Chairman Of The Day ..
SUKANEKA SEMPENA HARI GURU SKSS 2010