Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...Selamat menjalani ujian OTI 1 kepada semua murid-murid SK Kampung Shukor. Menjawab dengan hati yang tenang dan fahami soalan yang dijawab.
Tuesday, March 28, 2017
Tuesday, March 21, 2017
Tahniah dan Syabas Adik Sharifah Qistina...
Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...Posting hari ini Tahniah dan Syabas kepada Adik Sharifah Qistina kerana berjaya menjadi peserta terbaik dalam acara olahraga MSSD yand diadakan di Trek Olahraga SMK Sultan Omar Dungun pada 12-16 Mac 2017. Adik Qistina telah mengharumkan nama sekolah SK Kampung Shukor dengan memenangi dalam acara 200M emas dan 100M perak dalam termasya sukan tersebut. Ini merupakan julung-julung kali SKKS berjaya dalam acara olahraga sempena sukan daerah tersebut. Tahniah juga kepada jurulatih iaitu Cg. Faisal dan Ust. Rizal kerana berjaya melatih atlet kita sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32..Meriah!
Assalamulaikum
dan Salam Negaraku Malaysia...Entry yang sempat dimuatnaik untuk
tatapan pembaca dan warga SK Kampung shukor. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua AJK PIBG ,guru-guru,YDP dan juga mereka yang
terlibat secara tidak langsung dalam mengendalikan mesyuarat Agung Kali
ke 32.Majlis ini dirasmikan oleh yang berbahagia Dato Seri Muzaffar Shah
bin Abdul Rahman Pengurus Besar RoadCare Sdn.Bhd yang sempat datang
dari Kuala Lumpur semata-mata untuk merasmikan majlis ini pada 13 Mac
2017 di dewan serba guna Kampung Shukor. Dianggarkan seramai 250 orang
ibu bapa dan penduduk setempat yang turut hadir dalam majlis tersebut
yang merupakan bilangan kehadiran yang paling ramai semenjak PIBG
ditubuhkan.
Kami warga SKKS amat berbesar hati kerana Dato Seri telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM30 000 untuk pembinaan dewan sekolah SKKS. Liputan
mesyuarat ini telah mendapat tempat di dada akhbar Utusan Malaysia.
Tidak lupa juga atas jasa baik YDP En. Azhar Jambul kerana berjaya
membawa PIBG ke landasan yang sebenarnya dan atas jasa beliau juga maka
hasrat kami untuk mendapatkan dewan terlaksana. Juga,diucapkan ribuaan
terima kasih kepada Guru Besar Pn. Fatimahwati Salleh kerana usaha murni
ini juga membuahkan kejayaan kepada sekolah kami. Tahniah dan Syabas.
![]() |
Antara guru-guru dan kakitangan sekolah yang mendapat cabutan bertuah... |
![]() |
Masuk paper Utusan Malaysia...Bangga kejayaan yang tidak disangka-sangka... |
![]() |
AJK PIBG SKKS yang memakai seragam PIBG..cantik |
![]() |
Gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.. |
Wednesday, March 8, 2017
Majlis Penyerahan Modul Tahun 6 2017..
Assalamulaikum..Salam Sehati Sejiwa.Posting pagi ini majlis penyerahan Modul untuk murid-murid tahun 6 di Dun Bukit Besi selaamt disempurnakan oleh YB Haji Rosli Daud Adun Bukit Besi. Seramai 305 orang murid-murid telah menerima modul tersebut daripada YB Rosli di SMK Bukit Besi pada 7 Mac 2017. Majlis ini juga melibatkan ibu bapa murid-murid sebagai pemangkin dalam memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk lebih cemerlang dalam UPSR 2017 nanti. Apa yang diharapkan program murni ini dapat diteruskan untuk tahun2 yang akan datang kerana ianya banyak memberi manfaat kepada murid-murid UPSR sebagai bahan sokongan serta memudahkan proses pdp dapat dijalankan oleh guru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB kerana menyumbangkan modul tersebut kepada calon-calon UPSR 2017."Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
![]() |
Guru Besar juga turut menerima senaskah modul untuk kegunaaan guru-guru di dalam kelas... |
Tuesday, March 7, 2017
Tahniah ..Linus ke Band 2
Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa. Entry pagi ini peningkatan Band Linus dari band 3 ke band 2..Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Linus Cikgu Zanila dan murid-murid yang berjaya melepasi saringan yang telah ditetapkan. Di samping itu juga SK Kampung shikor juga mendapat pengiktirafan kerana penguasaan 100% Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan 100% juga numerasi untuk murid tahun 3."Kecemerlangan adalah melakukan hal yang biasa dengan cara yang sangat luar biasa"
Subscribe to:
Posts (Atom)