Wednesday, March 8, 2017

Majlis Penyerahan Modul Tahun 6 2017..

Assalamulaikum..Salam Sehati Sejiwa.Posting pagi ini majlis penyerahan Modul untuk murid-murid tahun 6 di Dun Bukit Besi selaamt disempurnakan oleh YB Haji Rosli Daud Adun Bukit Besi. Seramai 305 orang murid-murid telah menerima modul tersebut daripada YB Rosli di SMK Bukit Besi pada 7 Mac 2017. Majlis ini juga melibatkan ibu bapa murid-murid sebagai pemangkin dalam memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk lebih cemerlang dalam UPSR 2017 nanti. Apa yang diharapkan program murni ini dapat diteruskan untuk tahun2 yang akan datang kerana ianya banyak memberi manfaat kepada murid-murid UPSR sebagai bahan sokongan serta memudahkan proses pdp dapat dijalankan oleh guru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB kerana menyumbangkan modul tersebut kepada calon-calon UPSR 2017."Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."


Guru Besar juga turut menerima senaskah modul untuk kegunaaan guru-guru di dalam kelas...


No comments:

Post a Comment