Tuesday, March 21, 2017

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32..Meriah!

Assalamulaikum dan Salam Negaraku Malaysia...Entry yang sempat dimuatnaik untuk tatapan pembaca dan warga SK Kampung shukor. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK PIBG ,guru-guru,YDP dan juga mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam mengendalikan mesyuarat Agung Kali ke 32.Majlis ini dirasmikan oleh yang berbahagia Dato Seri Muzaffar Shah bin Abdul Rahman Pengurus Besar RoadCare Sdn.Bhd yang sempat datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk merasmikan majlis ini pada 13 Mac 2017 di dewan serba guna Kampung Shukor. Dianggarkan seramai 250 orang ibu bapa dan penduduk setempat yang turut hadir dalam majlis tersebut yang merupakan bilangan kehadiran yang paling ramai semenjak PIBG ditubuhkan.

 Kami warga SKKS amat berbesar hati kerana Dato Seri telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM30 000 untuk pembinaan dewan sekolah SKKS. Liputan mesyuarat ini telah mendapat tempat di dada akhbar Utusan Malaysia. Tidak lupa juga atas jasa baik YDP En. Azhar Jambul kerana berjaya membawa PIBG ke landasan yang sebenarnya dan atas jasa beliau juga maka hasrat kami untuk mendapatkan dewan terlaksana. Juga,diucapkan ribuaan terima kasih kepada Guru Besar Pn. Fatimahwati Salleh kerana usaha murni ini juga membuahkan kejayaan kepada sekolah kami. Tahniah dan Syabas.


Antara guru-guru dan kakitangan sekolah yang mendapat cabutan bertuah...


Masuk paper Utusan Malaysia...Bangga kejayaan yang tidak disangka-sangka...


AJK PIBG SKKS yang memakai seragam PIBG..cantik



Gambar-gambar di sekitar majlis tersebut..


2 comments:

  1. tahniah diucapkan kepada pentadbir dan semua yang terlibat...:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih..usaha murni ini perlu kerjasama yang erat daripada semua.

    ReplyDelete